..aSsALaMuALaiKum..

g.A.d.E.s m.E.r.A.h j.A.M.bU

Thursday, December 16, 2010

memakai tudung,,hanya sekadar fesyen..???





Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Pemakaian tudung tidak seharusnya menimbulkan riak - ( mana tidaknya, masing² berlawan fesyen terkini, tudung tercantik, dan hiasan yang paling sesuai... saling membanding²kan.)

Pemakaian tudung seharusnya dpt menjadi hijab kepada si pemakainya dr melakukan perkara² yang tidak sepatutnya. Bukan kerana 'aura' tudung itu, tapi kerana tudung itu sendiri sedikit sbyk mengingatkan kita kpd siapa diri kita, seorang muslimah..yg seharusnya menjaga akhlak, perlakuan kita setiap waktu dan masa.

Kalau bertudung di kepala tetapi terdedah di bawah, apakah itu sekadar fesyen? Bukan lagi penutupan aurat seperti yang dikehendaki di dalam islam..



Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
pemakaian tudung itu yang pertamanya, seharusnya adalah utk melaksanakan kewajipan yang telah diwajibkan Allah ke atas wanita.

renung2kn lah wahai wanita,,,

No comments:

Post a Comment